Followers

Thursday 27 December 2012

LAGAKNYA KAWAN-KAWAN KU SI BURUNG KAKAK TUA

LAGAKNYA KAWAN-KAWAN KU SI BURUNG KAKAK TUAKUAT MENGAJUK KATA KATA TUAN YG MERABANLAGAKNYA KAWAN-KAWAN KU SI BURUNG KAKAK TUABERGAYA GAYA DENGAN BULU YG WARNA WARNILAGAKNYA KAWAN-KAWAN KU SI BURUNG KAKAK TUASANGAT CERDIK BAGAIKAN TUANNYA YG SOPANLAGAKNYA KAWAN-KAWAN KU SI BURUNG KAKAK TUADI SOGOK KACANG BERSUARALAH IA DGN BERANILAGAKNYA KAWAN-KAWAN KU SI BURUNG KAKAK TUAMASIH SEGAK WALAU BULUNYA SUDAH BERUBAN


Wednesday 26 December 2012

Sertakan dengan doa kesejahteraan buat su dan baby... ;-)

Buat wanita yang pernah hamil dan yang sedang hamil pasti tahu betapa peritnya ketika hamil dan sang suami hanya mampu melihat betapa sukarnya isteri mereka ketika hamil...tapi buat wanita yang hamil jangan risau kerana anda amat beruntung kerana Allah telah menjanjikan betapa besarnya pahala yang anda dapat. Antara pahalanya:

1. Dua (2) rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidakhamil.


2. Wanita yang hamil akan mendapat pahala seperti berpuasa di siang hari dan pahalaseperti beribadah di malam hari.


3. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala seperti 70 tahun solat dan puasa manakalasetiap kesakitan pada satu uratnya, Allah akan memberi pahala sekali haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin dia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang memberi minum anaknya dari susu badannya akan mendapat satu pahala daripadasetiap titik susu yang diberikannya.


6. Jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


7. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah akan memberi pahala seperti setahun solat dan puasa.


8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjagaanaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akandiampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah akanmemberi pahala seperti 12 tahun beribadah.


Wallahu'alam

Thursday 6 December 2012

SABAR

3 jenis sabar... Sabar dlm taat pd ALLAH.. Sabar dari melakukan maksiat ... Sabar terhadap ujian ALLAH... Sabar yer...... 


Kesabaran menghadapi ujian dapat memberi ketenangan menerimaujian daripada Allah S.W.T. Ramai manusia yang kecundang dengan ujian Allah kerana tiada sifat sabar .

Allah SWT telah mengingatkan kita tentang hakikat kehidupan di dunia yang tidak sunyi daripada ujian dan musibah.

Friday 30 November 2012

Tidur yang Terlarang


Telah menjadi kebiasaan masyarakat di negara ini khususnya segelintir golongan muda, apabila datangnya hari hujung minggu pasti akan bangun tidur lambat. Sebab malamnya asyik dipenuhikegiatan-kegiatan membuang masa dengan borak-borak kosong, lepak,merempit dan macam-macam lagi aktiviti yang kurang sihat.

Tapi ada jugayang mencari rezeki halal. Bila esoknya matahari dah terpacak punmasih tidak mahu bangkit dari kesedaran. Lebih-lebih lagi kalau yangtiada aktiviti pada hari itu, apalagi... .. disambung dengan aktivititerlampaulah - tidur. Ada pula yang sepanjang harinya asyik berkepitdengan perempuan bantal peluk busuk. Hanya bangun semata-mata untuk ke tandas atau membesarkan otot perut sahaja. 

Orang-orangyang berakal amat tidak menyukai mereka yang hidupnya hanya dihiasi dengan aktiviti tidur sahaja sepanjang hari dan suka tidur padawaktu-waktu yang terlarang.

Ini kerana dipercayai boleh menyebabkan:
1 ) Akal menjadi lemah
2) Pengamal tidur terlarang ini akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf.
3) Otak cepat dungu/bebal 
4) Tubuh badan menjadi lemah 
5) Suburnya sikap pemalas
6) Tiada adab

Jika diperhatikan, apabila sering mengamalkan tidur yang terlarang inimungkin otak akan mengalami rasa bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.

Dipandangdari sudut akhlak, ianya menggambarkan keperibadian seseorang itu tidakterurus, pemalas, kurang adab pada diri dan orang ramai serta membuangmasa. Apabila diamalkan secara 'istiqamah', maka kemungkinan besarakan terjadinya penyakit gila. Dan cepat mati - tahu-tahu dah sampaiumur ajalnya (masa hidup terasa pendek). Na'udzubillah.

Antara tidur yang dilarang adalah: 
1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi (rezeki mahal). 
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur selepas Maghrib
4) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
5) Tidur dalam majlis ilmu (kurang sopan) 
6) Tidur dalam solat (ini kurang ajar)
7) Tidur dalam tandas (ini pun ada?) 
8) Tidur yang terlalu banyak. 

Amalanyang mulia dari pandangan para solihin adalah dengan mengurangkan tidur supaya banyak masa dapat diluangkan dengan ibadah dan aktiviti-aktivitiberfaedah.

Tips kurangkan tidur - KURANGKAN KANDUNGAN DI PERUT!

 p.s. Tidurlah sekadar yang mencukupi untuk keperluan jasmani kita berehat.

Tidak semua perempuan mahu ~~~~ Perempuan Tetap Perempuan


Perempuan suka dipujuk
Tidak semua perempuan mahu dipujuk bila merajuk. Lagi dipujuk bertambah-tambahlah merajuknya. Perempuan macam ni, bagi dia masa untuk dia coolkan diri sendiri, dan autotreatkan hatinya.

Perempuan dan lelaki poket tebal
Tidak semua perempuan suka lelaki poket tebal, terutama lelaki yang poketnya mak bapak dia tolong tebalkan. Perempuan yang macam ni biasanya perempuan yang berdikari. Jangan dekati mereka dengan duit, mereka akan anggap kamu berlagak dan menganggap mereka perempuan mata duitan. Trylah berlagak tukang cop duit depan mereka, kalau nak tengok mereka bengang.

Perempuan suka lelaki hensem
Tidak semua perempuan berminat pada lelaki yang hensem. Sebab lelaki hensem susah nak jaga. Letih layan perasaan bimbang dan jeles bila ada perempuan lain datang dekat. Golongan perempuan macam ni akan cari lelaki yang ‘hensem’ hatinya. Nak tau macam mana rupa hati yang hensem? Belah dada pastu cek, ada tak bentuk hati tu berbentuk love. Ntah korang faham ke tak ni..hahahaa…Majoriti perempuan tak suka lelaki yang hatinya 4 segigami.

Perempuan dan airmata
Tidak semua perempuan akan tunjukkan air mata bila sedih dan sakit hati. Perempuan yang tak mudah menangis memang ada, segelintir tak ramai (yang cengeng memang ramai). Mereka ni akan pergi cari tempat tersorok pastu menangis macam orang tak betul, kalau tak pun menangis dalam hati Bagi perempuan menangis itu semestinya, kalau tak takda nama dia perempuan.

Perempuan Queen Control
Tidak semua perempuan suka pada lelaki yang angguk-angguk (ikut cakap) dia, macam burung belatuk. Ramai je yang lebih tertarik pada lelaki yang arrogant, yang suka menentang, yang buat dia rasa geram (tapi tak melebihi had iaitu lelaki yang kekurang-ajaran sebab perempuan memang benci pada lelaki yang tak tau hormat perempuan sebagaimana perempuan menghormati mereka).

Perempuan dan pujian
Tidak semua perempuan suka dipuji. Yang ni tak suka lelaki bermulut manis. Jangan mengayat dengan perempuan macam ni, kamu awal-awal lagi akan dicop buaya. Perempuan macam ni mudah tertarik pada lelaki yang tak tunjuk caring secara depan-depan.

Bila perempuan diam
Tidak semua perempuan berdiam dan senyum itu tandanya dia bersetuju pada sesuatu keputusan. Diam-diam dia makan hati.

Perempuan macam lelaki jugak.Tak suka didesak.Tak suka dikongkongAda ego

Perempuan Tetap Perempuan
Sekuat-kuat perempuan tetap perlukan (sangat) lelaki dalam hidupnya. (makhluk berpasangan ciptaan Tuhan). Perempuan yang indipendent yang kata tak perlukan lelaki dalam hidupnya adalah hipokrit.
Sekeras-keras perempuan tetap hatinya kerak nasi.
Mengada-ngadanya perempuan, sengaja minta perhatian. :p
Perempuan sukar untuk faham lelaki sebagaimana lelaki selalu kata mereka sukar nak fahami perempuan. (sebab tu ada yang post entri tentang perempuan supaya lelaki boleh faham)Erkk! Oke..peace

~~blog tentang cinta

Friday 16 November 2012

Solat Taubat - Panduan Menjernih Jiwa


Kederhakaan dan keingkaran bagaikan ranjau yang berduri, meninggalkan goresan parut yang sukar dihilangkan. Noda-noda hitam memudarkan cahaya iman, mematikan hati dan memusnahkan harapan. Begitulah dosa mewarisi kedurjanaan dan menepis hakikat kebenaran, akhirnya menutup setiap celah-celah nurani.
Solat Taubat dikerjakan ketika hati telah keruh diselimuti dengan kabut dosa. Jika inginkan hati bersinar kembali, hindari daripada godaan perhiasan dunia dan menjernihkan hati dari segala perhatian yang tidak tertuju kepadaNya. Sesungguhnya taubat kepada Allah merupakan puncak tertinggi penghambaan seorang insan.

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran

Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1433

Berhati - hati ketika mengulangi kata-kata seseorang kerana jika isi - pati penyampaian itu tidak menyampai maksudnya, maka diri akan di pertanggungjawabkan malahan yang paling utama, ia akan di persoalkan ketika akhirat nanti..

Wallahu’alam bissawab