Followers

Friday 30 November 2012

Tidur yang Terlarang


Telah menjadi kebiasaan masyarakat di negara ini khususnya segelintir golongan muda, apabila datangnya hari hujung minggu pasti akan bangun tidur lambat. Sebab malamnya asyik dipenuhikegiatan-kegiatan membuang masa dengan borak-borak kosong, lepak,merempit dan macam-macam lagi aktiviti yang kurang sihat.

Tapi ada jugayang mencari rezeki halal. Bila esoknya matahari dah terpacak punmasih tidak mahu bangkit dari kesedaran. Lebih-lebih lagi kalau yangtiada aktiviti pada hari itu, apalagi... .. disambung dengan aktivititerlampaulah - tidur. Ada pula yang sepanjang harinya asyik berkepitdengan perempuan bantal peluk busuk. Hanya bangun semata-mata untuk ke tandas atau membesarkan otot perut sahaja. 

Orang-orangyang berakal amat tidak menyukai mereka yang hidupnya hanya dihiasi dengan aktiviti tidur sahaja sepanjang hari dan suka tidur padawaktu-waktu yang terlarang.

Ini kerana dipercayai boleh menyebabkan:
1 ) Akal menjadi lemah
2) Pengamal tidur terlarang ini akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf.
3) Otak cepat dungu/bebal 
4) Tubuh badan menjadi lemah 
5) Suburnya sikap pemalas
6) Tiada adab

Jika diperhatikan, apabila sering mengamalkan tidur yang terlarang inimungkin otak akan mengalami rasa bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.

Dipandangdari sudut akhlak, ianya menggambarkan keperibadian seseorang itu tidakterurus, pemalas, kurang adab pada diri dan orang ramai serta membuangmasa. Apabila diamalkan secara 'istiqamah', maka kemungkinan besarakan terjadinya penyakit gila. Dan cepat mati - tahu-tahu dah sampaiumur ajalnya (masa hidup terasa pendek). Na'udzubillah.

Antara tidur yang dilarang adalah: 
1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi (rezeki mahal). 
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur selepas Maghrib
4) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
5) Tidur dalam majlis ilmu (kurang sopan) 
6) Tidur dalam solat (ini kurang ajar)
7) Tidur dalam tandas (ini pun ada?) 
8) Tidur yang terlalu banyak. 

Amalanyang mulia dari pandangan para solihin adalah dengan mengurangkan tidur supaya banyak masa dapat diluangkan dengan ibadah dan aktiviti-aktivitiberfaedah.

Tips kurangkan tidur - KURANGKAN KANDUNGAN DI PERUT!

 p.s. Tidurlah sekadar yang mencukupi untuk keperluan jasmani kita berehat.

No comments:

Post a Comment