Followers

Friday 16 November 2012

Solat Taubat - Panduan Menjernih Jiwa


Kederhakaan dan keingkaran bagaikan ranjau yang berduri, meninggalkan goresan parut yang sukar dihilangkan. Noda-noda hitam memudarkan cahaya iman, mematikan hati dan memusnahkan harapan. Begitulah dosa mewarisi kedurjanaan dan menepis hakikat kebenaran, akhirnya menutup setiap celah-celah nurani.
Solat Taubat dikerjakan ketika hati telah keruh diselimuti dengan kabut dosa. Jika inginkan hati bersinar kembali, hindari daripada godaan perhiasan dunia dan menjernihkan hati dari segala perhatian yang tidak tertuju kepadaNya. Sesungguhnya taubat kepada Allah merupakan puncak tertinggi penghambaan seorang insan.

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran

No comments:

Post a Comment