Followers

Wednesday 26 December 2012

Sertakan dengan doa kesejahteraan buat su dan baby... ;-)

Buat wanita yang pernah hamil dan yang sedang hamil pasti tahu betapa peritnya ketika hamil dan sang suami hanya mampu melihat betapa sukarnya isteri mereka ketika hamil...tapi buat wanita yang hamil jangan risau kerana anda amat beruntung kerana Allah telah menjanjikan betapa besarnya pahala yang anda dapat. Antara pahalanya:

1. Dua (2) rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidakhamil.


2. Wanita yang hamil akan mendapat pahala seperti berpuasa di siang hari dan pahalaseperti beribadah di malam hari.


3. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala seperti 70 tahun solat dan puasa manakalasetiap kesakitan pada satu uratnya, Allah akan memberi pahala sekali haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin dia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang memberi minum anaknya dari susu badannya akan mendapat satu pahala daripadasetiap titik susu yang diberikannya.


6. Jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


7. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah akan memberi pahala seperti setahun solat dan puasa.


8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjagaanaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akandiampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah akanmemberi pahala seperti 12 tahun beribadah.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment