Followers

Friday 16 December 2011

universiti kehidupan

Assalamualaikum kepada semua sahabat.....

Intan nak kongsi sesuatu titik pencarian diri yang mengajar intan tentang UNIVERSITI KEHIDUPAN......

1. JANGAN MUDAH MENILAI ORANG

Dalam kehidupan seharian yang kita lalui, kita mudah sekali menilai orang lain, dengan sekali pertemuan kita mudah sekali melabel orang itu dan ini, sedangkan tidakkah ketika kita bertemu orang yang kita labelkan sombong itu sebenarnya tidak begitu, orang yang kita labelkan pendiam adalah sebaliknya. Kita harus memahami dengan umur yang Allah s.w.t berikan ini kita sebenarnya masih belum mengenali diri kita sendiri, justeru itu bagaimana pula dengan waktu yang singkat kita boleh menilai orang lain.

Penilaian kita terkadang hanyalah sebuah refleksi dari paradigma kita sendiri dan bukanlah satu realiti! Maka yang paling layak membuat penilaian ialah Allah s.w.t, Dia bukan sahaja mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh manusia malah apa yang difikirkan termasuk segalanya yang ada dalam naluri manusia yang kadangkala tidak kita sedari.

Ini dapat kita fahami melalui firmanNya:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya
dan Kami lebat dekat kepadanya daripada urat lehernya.” ( Surah Qaf : 16 )

Maka dalam ajaran Islam kita tidak dianjur untuk menilai seseorang, berprasangka dan membuat tohmahan dan sebagainya tetapi diajar kepada untuk membuat muhasabah terhadap diri sendiri supaya kita dapat mengenali sebenarnya potensi fitrah kita.

2. KENALI "PENDENGAR" MASALAH ANDA

Ada orang yang sedia mendengar luahan kita tetapi bertujuan membuka aib dan kelemahan kita kepada orang lain. (Golongan ini akan lebih menambahkan stres anda!)

Ada juga yang sedia mendengar tetapi langsung tidak membantu ke arah kebaikan sebaliknya mengajak ke arah kejahatan. (Jangan cuba dekati golongan seperti ini!)

Ada juga yang tidak mampu menyelesaikan masalah kita namun dia bersedia mendengar dan bersikap amanah dengan apa yang diceritakan. (Anda boleh berkongsi dengan individu sebegini)

Ada yang sentiasa terbuka mendengar luahan kita dan mampu berusaha untuk membantu kita. (Individu ini akan dapat mengurangkan tekanan anda dan mampu menyelesaikan masalah anda).

3. PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI UBATI

*Hasad Dengki

“Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (HR Bukhari dan Muslim)


Antara sebab penyakit ini tidak boleh diubati ialah:

1. Ada kebencian dalam hati.
2. Ada permusuhan dalam diri.
3. Ada dengki yang mendominasi.

No comments:

Post a Comment